Wednesday, March 3, 2010

MUHAMMAD DANISH NURUDDIN

Muhammad Danish Nuruddin merupakan buah hatiku yang ke-2. Dilahirkan pada 25 Feb 2010 dengan berat 3.01kg di hospital Sg. Buloh. Terima kasih Ya Allah atas pemberianMU ini. Kini, aku punya dua anak sedara yang terlalu kusayangi. 
Danish pakai baju yg Acu belikan

Danish kelaparan


Comeinya!!!

Mak mah sayang Danish!!!!!! Doaku moga Danish menjadi hamba Allah dan anak yang soleh...amin ",

Tuesday, March 2, 2010

BIRTHDAY CELEBRATION =)

Beberapa jam lagi sebelum berakhir 2 Mac 2010...

Sambutan tahun ini, aku seorang diri tanpa keluarga dan teman menemani. Sunyi namun aku gembira >< Terima kasih buat rumate yang sudi menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir. Walaupun keseorangan, aku tetap menyambut hari ini. Biarlah apa orang nak kata, yang penting aku mesti tunjukkan penghargaan dan kasih sayang pada diri sendiri...hahahaha. Selepas habis kelas pagi tadi, aku membawa diri ke Jas Cafe untuk menikmati Birthday Breakfast..roti canai garing dan teh ais. Erm, walaupun sederhana jer tapi cukup untuk buat aku gembira. Petang, selepas kelas amali, aku impikan sepotong kek coklat namun aku malas untuk menunggang jauh. Lantas kuhadiahkan puding karamel buat diri sendiri menggantikan kek. Simple jer namun mampu buat aku tersenyum girang. Di waktu ini, baru kusedari, hidup tanpa orang yang tersayang sungguh membosankan. Sambil membersihkan diri, sebelum memejamkan mata, aku terfikir bahawa hidup ini sangat indah cuma aku perlu menikmatinya dan berfikiran positif!!!

Birthday breakfast


Puding karamel

Bertambah lagi usiaku...23 tahun...Selamat Hari Lahir wahai diriku. Aku gembira kerna masih mampu menikmati hidup sehingga kini. Selamat tinggal 2 Mac, semoga kita berjumpa di tahun hadapan... ",