Sunday, February 28, 2010

HAPPY BIRTHDAY ",

Beberapa jam lagi sebelum 2 Mac 2010..

Hati terasa gelisah, otak ligat berputar menyelongkar kotak memori..Ermmm, dah hampir 23 tahun aku hidup kat atas muka bumi ALLAH ni. Syukur, ALLAH masih panjangkan umur ini untuk teruskan pencarian dalam mengejar cintaNYA. DilimpahkanNYA nikmat yang tidak terhingga walaupun aku sering leka dari mengingatiNYA. Aku terasa diri ini begitu kerdil dan hina padaNYA. Ya ALLAH, terima kasih kerana memberi aku peluang untuk menikmati secebis kasih sayangMU dan berikanlah aku kekuatan dalam meniti perjalanan hidup yang penuh ranjau ini. Kuatkanlah imanku dan tabahkanlah hatiku untuk meneruskan pencarian menuju redha dan cintaMU wahai tuhanku.

Sungguh aku terhutang nyawa pada ibu yang sudi mengandung dan berjuang melahirkanku. Ibu tabah menahan kesakitan yang teramat sangat demi membawa aku ke dunia ini. Kemudian, ibu sabar dalam menjaga dan mendidikku sehingga kini aku sudah berada di menara gading. Walaupun ada pertengkaran dan pernah kulemparkan kata2 yang menusuk jiwanya, kasih sayang ibu masih utuh buatku. Sungguh, aku terlalu menyayai ibu dan aku mahu dia gembira serta bangga melahirkan aku ke dunia ini. Wahai ibuku sayang, doakanlah kejayaanku dan semoga aku menjadi anak solehah yang bisa menjagamu seperti mana kau lakukan padaku. Terkadang, aku takut menyakitimu dan aku sering menyesal pabila meninggi suara pada ibu. Ego menjadi musuhku kerna ia degil untuk menundukkan diri ini, memohon kemaafan dari ibu. Ibu, kudoakan kebahagiaan untukmu dunia dan akhirat. Semoga ALLAH limpahkan nikmat yang tidak terhingga pada ibu.


Ibu dan ayie =)

Ayah merupakan lelaki pertama dalam hidupku. Jenakanya sering membuat aku gembira. Terlalu banyak pengorbanan ayah lakukan demi keluarga ini. Aku tahu, banyak yang ayah inginkan dalam hidupnya, namun semua itu diketepikan demi tanggungjawab pada keluarga. Aku harap dengan kejayaanku, dapat memberi kebahagiaan dan kegembiraan buatnya. Wahai ayahku sayang, terima kasih atas kecekalan dan kesabaranmu mengemudi bahtera keluarga kita. Mungkin ianya lucu, pernah kuimpikan punya teman hidup yang menyayangiku seperti mana ayah menyintai ibu. Sungguh, aku cemburu pada ibu kerna temui seseorang seperti ayah. Mungkin kerna itu, sehingga kini aku masih menyendiri. Terima kasih ayah!!!

Hari lahir kali ini, akan kusambut pernuh kesyukuran walaupun keseorangan. Semoga tahun hadapan, aku akan lebih berjaya dan menjadi insan yang lebih matang. Sungguh, aku bahagia ><



2 comments:

  1. hehe, hepi besday tau!
    cayang angah, muah2~

    ReplyDelete
  2. wish jew???
    xder hadiah ker??huhuhuhu
    jgn lupa promote agh kat senior kmu yg HENSEM jer tau...mana ar tau ada jodoh dar NZ..hahahaha ><

    ReplyDelete